5 Sebab Kenapa Anda Perlu Jadi Seorang Blogger

by azizan4444 on August 16, 2010

blogger

Salam 1 Malaysia buat semua. Adakah anda yang sedang dan akan membaca entri ini adalah seorang blogger? Jika anda seorang blogger, adakah anda sememangnya seorang blogger atau hanya sekadar nama? Mungkin persoalan ini memeningkan anda tetapi ia cukup membuatkan anda seorang blogger untuk berfikir. Menjadi seorang blogger memang senang, dalam masa 10 minit pun sudah cukup untuk anda bergelar blogger dengan hanya membuat blog yang berplatform free terutama blogspot. Saya bukan nak merendahkan blogger yang menggunakan blogspot kerana saya pun bermula dengan blogspot juga suatu masa dahulu,tetapi apa yang menjadi persoalan adakah anda cukup bersedia untuk menjadi seorang blogger?

Untuk menjadi seorang blogger, anda perlu bersedia terutama dari segi mental. Kenapa saya berkata sedemikian? Sebabnya bila kita sudah menjadi blogger, sudah pasti kita akan menulis di blog kita. Setelah sesuatu entri di publish, ia akan mengundang 1001 satu persoalan daripada pembaca. Reaksi dan respons daripada mereka mungkin baik atau tidak. Di sini ia akan memcabar kewibawaan anda. Saya bukan melemahkan semangat anda yang baru untuk menjadi seorang blogger tetapi itu adalah kebenaran untuk menjadi seorang blogger.

Berblog Membuka Minda

Kebanyakan orang berfikir blogging membuang masa.Menghabiskan masa di depan komputer untuk sesuatu kerja yang tidak berfaedah. Ada sesetengah berpendapat berblog memerlukan masa yang secukupnya untuk update blog.Ini semuanya pendapat yang tidak boleh diguna pakai dan alasan yang tidak munasabah.

Sebenarnya, berblog dapat membuka minda. Seseorang blogger adalah tidak terhad masanya. Berblog boleh dilakukan secara  santai dan bukan hanya bertumpu kepada dalam negara sahaja,malah blogger yang hebat akan mengambil peluang untuk berkenalan dengan blogger dari luar negara. Seorang blogger yang betul, adalah mereka yang sering mencari sesuatu idea yang baru. Kita sebagai blogger, kitalah yang menentukan masa untuk blogging dan bukannya blogging yang handle kita.

Disiplin Diri Dipertingkatkan

Bila berblogging, sudah pasti anda akan menulis. Dalam menulis sesuatu entri, mungkin kita selalu diingatkan supaya tidak melanggar etika seorang blogger. Etika seorang blogger? Salah satunya ialah kita dilarang untuk menulis artikel yang boleh memecahbelahkan sesuatu kaum atau artikel yang berbentuk propaganda. Membangkit isu-isu sensitif.

Sekiranya anda sudah bersedia bergelar sebagai seorang blogger.Tidak mustahil anda boleh menjadi individu yang berdisiplin.

Berlumba-lumba Untuk Menjadi Yang Terbaik

Salah satu sebab anda untuk berblog adalah mencari kepuasan. Bila penulisan anda dihargai, itulah nikmat sebenar kepuasan dalam dunia blogging. Bukan senang untuk menjadi yang terbaik dan bukan susah untuk mejadi yang terburuk. Bila anda menulis sesuatu topik yang mana di tulis oleh ramai blogger contohnya seperti tentang isu semasa, di sini akan melahirkan satu perlumbaan yang sihat dalam melahirkan pendapat masing masing.

Menunjukkan Bakat Dan Kekreatifan Melalui Penulisan

Masing-masing mempunyai idea dan cara tersendiri dalam mengendalikan blog mereka. Apa yang dimaksudkan di sini adalah trademark atau penjenamaan blog mereka.Tidak semua blogger mempunyai bakat yang sama. Ada yang lebih kepada membuat duit secara online sebagai contoh melalui blog. Mungkin juga ada yang berkongsi kisah hidup, pengalaman hidup dan suka duka kisah cinta mereka. Tidak lupa juga anda yang suka berkongsi tips yang menarik.

Lagi menarik ada diantara blogger yang hebat dalam penulisan dan ditambah dengan kekreatifan dalam fotografi. Blogging adalah salah satu cabang untuk memperkembangkan bakat yang anda ada.

Menjana Duit Online

Siapa cakap berblog buang masa?. Mereka yang hebat, dengan blogging pun boleh menjana pendapatan dan ada di antara kita yang menjadikan blog sebagai sumber pencarian mereka. Dalam setahun boleh menghasilkan beribu-ribu daripada blog dan ada juga yang mencecah juta. Sungguh menakjubkan.

Anda bermula dari bawah, mungkin tidak percaya yang anda juga dapat melakukan seperti mereka. Dan jalan mudah anda menetapkan matlamat anda sebagai blogger adalah untuk suka-suka. Anda adalah golongan yang rugi dan tidak berani mencuri peluang sedangkan anda sudah sebelah kaki ke arah sana. Bermula saat anda membina blog, dari situlah bermulanya proses menjana  duit secara online.

Anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 1-2 tahun

Bermula dari sekarang dengan matlamat untuk menjadi blogger yang berjaya. Jangan ambil jalan mudah. Hidup seorang blogger itu cool.

{ 69 comments… read them below or add one }

zulkbo August 18, 2010 at 1:51 am

salam saudara..
saya setuju dengan pandangan anda
jika dulu di forum menarik minat saya
tapi kadangkala selalu tidak di senangi
oleh golongan tertentu..tapi di blog
kita bebas menyatakan pendapat
dan pandangan peribadi

Reply

arieza August 18, 2010 at 11:17 pm

tp yg plg tak suke, byk sgt blogger skrg tulis blog, bukak fans page kt fbook, utk mencapub.. benci. betul2 attention seeker. siap leh kata kt FB, nk hilang utk smggu, alih2 tak smpai 2jam, ada lg shout kt FB.. haih ‘blogger’ tu mmg nmpk sgt nk jd centre of attention. tah ape2. tu yg plg tak best la ni… menulis nk kejar glamer.. payah ar cmni kan? :)

Reply

zik August 18, 2010 at 11:58 pm

insyallah… blogging is fun…. terbaik la bro… yang penting kita bebas menyuarakan pendapat/ceritakan apa2 peristiwa.. yang penting dapat improvekan apa2 yang patut…

Reply

titan August 19, 2010 at 8:56 am

bergantung pada setiap individu. diorang ada sebab yang berbeza kenapa nak jadi blogger.

Reply

mx August 21, 2010 at 1:44 am

kadang-kadang orang cakap blogger ni gila sebab mengadap komputer berjam-jam…
tapi diorang tak tahu nikmat sebanar seorang blogger kan?…
=)

Reply

aktechpage.com August 22, 2010 at 11:43 am

I love blogging :D

Reply

AyieBlog August 23, 2010 at 6:38 pm

Salam,saya suka jadi blogger sebab kenal ramai kawan-kawan luar dari kawasan,dari situ boleh kenal negeri orang :) ,hehehe..

Reply

LadyBird August 24, 2010 at 11:01 am

saya berblog sebab menulis segala apa yg kita nak tulis merupakan salah satu terapi jiwa. Dan saya mengenali dunia blog setelah disarankan oleh seorang kaunselor kerana saya tak leh nak menceritekan isi hati sy dlm bentuk perkataan. Apa yg disrankan pd saya, tulis je ape2 yg awk nak tulis. apa yg awak suke. biar ia lahir dr hati awk. dan die telah createkan satu blog tuk sy. bermula dr situlah sy menulis yg entah hape2.. tetapi blog tu skrg dah terdelete. dan skrg sy createkan dunia sy sendiri, dengan corak sy sendiri.

Reply

Hadi Rofiee August 27, 2010 at 10:51 pm

”Bila penulisan anda dihargai, itulah nikmat sebenar kepuasan dalam dunia blogging”.

Saya suka keratan di atas. Betul, mmg ada kepuasannya t’sendiri. :-)

Reply

mancai August 31, 2010 at 3:00 am

dah berblogging, saling kenal.. baru tahu nikmatnya berblogging…

Reply

kerja kosong September 4, 2010 at 10:32 am

nak kerja sambilan? jadi blogger saja..:D

Reply

sabree hussin September 13, 2010 at 8:17 pm

Blogging itu satu adventure :p

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: