Salam 1 Malaysia buat semua. Bulan Ramadan akan meninggalkan kita semua untuk beberapa hari lagi dan yang pastinya bulan Syawal akan menyusul selepas ini. Pada bulan Syawal, kita semua akan menyambut Hari Raya Adilfitri atau Hari Raya Puasa yang sememangnya dinantikan kemeriahan pada hari tersebut.
Kepada perantau yang ingin pulang ke kampung, diharapkan para perantau semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan ambil langkah bijak sebelum, semasa dan selepas untuk pulang dan selamat sampai seterusnya dapat beraya bersama dengan mereka yang tersayang.
Dua tiga menjak ni, dalam bulan ini sahaja banyak perkara yang berlaku di negara kita dan boleh dikatakan agak panas isunya. Saya yakin korang semua pun sudah maklum tentang isu-isu yang berlaku kebelakangan ini.
Di sini, saya ingin berkongsi lima artikel terbaik dengan korang semua untuk minggu ini. Jom terjah artikel-artikel tersebut.
1# Siapa yang cipta Iklan Raya 2010 TV3 ni? – Justkhai
Dua tiga hari ni kecoh pasal iklan raya 2010 yang disiarkan oleh TV3. Ramai yang berpendapat bahawa iklan tersebut berkonsepkan iklan Hari Krimas dan ianya amat memalukan umat Islam kerana iklan ini sememangnya boleh menjatuhkan Agama Islam.
Sepatutnya, TV3 perlu menapis dahulu iklan-iklan yang hendak disiarkan bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku. Iklan yang menyentuh sensitiviti kaum atau agama memang mendatangkan marah daripada banyak pihak.
Siapa yang mengeluarkan iklan ini belum diketahui samada mereka yang beragama Islam sendiri ataupun tidak. Mungkin bagi mereka menganggap iklan ini boleh mengikut konsep 1 Malaysia tetapi mereka harus sedar sebenarnya yang isu agama sebegini tidak boleh dipermainkan sewenang-wenangnya.
Untuk pengetahuan semua, pihak TV3 sudah memohon maaf tentang isu ini di Buletin Utama dan iklan raya tersebut sudah pun di tarik balik. Terima kasih kepada pihak TV3 kerana mengambil langkah bijak sebelum isu ini berlanjutan.
Diharapkan ia akan menjadi pengajaran buat pihak TV3 dan semua yang terlibat.
2# Kembara mencari #LailatulQadar – Denaihati
Seperti yang kita sedia maklum, pada 10 malam terakhir Ramadan adanya satu malam yang dinamakan malam Lailatul Qadar. Di mana malam itu adalah lebih baik dari seribu bulan.
Semua orang pastinya tertunggu-tunggu akan kehadiaran malam Lailatul Qadar dengan melakukan ibadat kepada Allah. Tetapi bilakah malam itu akan muncul? Kita semua telah sedia maklum dan mungkin ada yang pernah terbaca tentang tanda-tanda malam Lailatul Qadar ini. Maka rebutlah peluang yang ada ini.
3# Datuk Sosilawati Lawiya hilang? – Yanmie
Baru-baru ini juga negara dikejutkan dengan kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya,janda kepada penyanyi terkenal tanah air iaitu Nash bersama seorang peguam , pegawai bank dan juga pemandunya. Datuk Sosilawati merupakan seorang jutawan dan juga Pengasas Kosmetik Nouvelle Visage. Kehilangan beliau sangat misteri dan diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.
Terbaru, susulan daripada kehilangan Datuk Sosilawati, petunjuk baru dijumpai iaitu kereta yang dinaiki beliau pada hari kehilangan beliau. Setelah butiran lanjut tentang kenderaan terbabit disiarkan dalam Buletin Utama TV3, seorang penduduk telah menjumpai kereta BMW X5 milik beliau yang bernombor pendaftaran WTL 11 di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah.
Kehilangan Datuk Sosilawati amat misteri dan kita tunggu sahaja berita selanjutnya tentang kehilangan beliau dan semoga semuanya selamat. Adakah peristiwa Datuk Mazlan yang dicincang oleh Mona Fendi suatu masa dahulu akan berulang?
4# Download MP3 Lagu Hari Raya Aidilfitri – Azuanrazi
Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadan akan meninggalkan kita. Bulan Syawal pula akan menjelma dan semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah berpuasa selama sebulan.
Hari raya rasanya kurang lengkap dan meriah tanpa lagu raya. Sudah menjadi sinonim lagu raya dengan diri kita bila menyambut hari raya. Sana sini lagu raya sudah kedengaran orang memutarkan lagu raya terutama sekali jika kita berkunjung ke pasar raya.
Lagu raya juga menjadi peneman kepada para perantau yang tidak dapat pulang beraya bersama keluarga tercinta di samping bertemankan pelbagai juadah di pagi raya.
Blog azuanrazi menyediakan banyak lagu raya yang menarik dan kepada sesiapa yang ingin download bolehlah ke blog beliau. Lagu raya lama sememangnya tetap menjadi pilihan pendengar kerana alunan lagunya yang begitu syahdu dan masih evergreen.
5# Katy Lim Li Lian Hina Islam | The Story Continue – Eyriqazz
Lepas satu, satu isu yang melanda yang membabitkan hina Islam. Terutama yang berlaku di laman web sosial yang terkenal iaitu facebook. Sebelum ini kita dikejutkan dengan gelagat Salleh Gregor Samsa. Kali ini giliran Katy Lim Li Lian pula yang bermain api. Topik yang diutarakan masih sama dengan kes-kes sebelum ini iaitu menghina Islam.
Sampai bila isu ini akan berlanjutan. Mungkin korang mempunyai pendapat masing-masing. Belum lagi diceritakan pasal video NameWee. Saya tertarik dengan satu persoalan di blog Eyriqazz, iaitu adakah Katy Lim Li Lian ini benar-benar wajud aataupun hanyalah sandiwara pihak tertentu untuk menangguk di air keruh? Semua terpulang kepada korang untuk menyatakan pendapat dan yang pastinya isu-isu seperti ini yang menyentuh sensitivi sesuatu kaum atau agama memang menjadi perhatian ramai pihak. Sama juga dengan isu iklan raya di TV3.
Diharapakan dengan perkongsian 5 link tersebut, kita dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Mana yang elok kita ambil, mana yang buruk buang jauh-jauh. Semoga korang semua bersemangat meneruskan dan menghabiskan puasa dengan amalan-amalan mulia yang mana tinggal beberapa hari saja lagi akan meninggalkan kita.
{ 29 comments… read them below or add one }
kehilangan datuk tu yang masih jadi tanda tanya sampai polis pun gagal mengesan.. dah la dekat nak raya ni kan.. semoga mereka semua selamat..
@Mr.Z, dah dapat berita dah. dia dah disahkan mati dibunuh
Berita tentang Kehilangan Datuk Sosilawati memang misteri
harap beliau masih selamat pada ketika ini
semua entri di atas sudah Yied baca tapi 1 jerk entri yang Yied x baca lagik iaitu entri yang Khai tulis…..
ni la artikel hangat minggu nie..hmmm
hehe..aku buat jgak entry cerita pasal no 3 dgn 5 tu.
peace
Thanks for sharing. Akan check semua artikel tu. Selamat hari raya.
Salam sejahtera.
Dlm lima2 tu, saya paling suka no.1 & 2.
Walaupun begitu, yg lain2 pun menarik juga.
T/kasih kerana perkongsian yg semakin menambah kenalan2 sesama blogger.
Artikel2 menarik..tetapi yang ini lebih menyentuh perasaan aku..
http://blog.mohdisa.com/hidup-ini-tidak-selalunya-indah.html
sume terbaik.. ..ko mmg terer azizan kadir
Syukur kita masih dapat bergembira, namun kita harus juga bersimpati dan mengambil pengiktibaran akan mereka2 yang kehilangan insan2 tersayang.
#1 – Sy baru tengok..macam pelikla…hari raya kita mana ada unsur2 fantasi …tak faham apa konsep dia..tapi kesian pada pelakon iklan yang tak tau pape..
#2 – Such a good info.marilah mencari hari istimewa itu..
#3 – Kesian dengan family dia..lagi2 nak raya ni…misteri betul!
#4 – Oh..tak jenguk sini..dengar kot radio jer..
#5 – Tulah…macam2..mungkin jugak komplot sbb ada lg yang lain awek melayu minum arak..siap highlight parti polotik yg dia sertai…entahla…
yup, setuju. semua artikel mampu memberi info dan manfaat yang berguna kepada kita semua..
semoga apa yang berlaku akan menjadi satu pengajaran… terima kasih berkongsi bro
dlm brita ada cakap ada saksi nampak datuk sosilawati lawiyah beli kuih raya…mybe dia x ilang kot..
Salam..baruje sempat baca entry ni…anyway,thanks for the link..tak sangka tersenarai di situ….
mmg menarik artikel2 dorang tu…ekeke byk bole belajar dr dorang…huhu
mmg misteri kehilangan sosilawati ni.. harap2 jumpa la dekat raya dah ni..
macam2 hal berlaku sekarang.. raya dah dekat.. isu perkauman tetap dipersoal.. apa yang tak puas hati sangat tak tahu la.. yang penting skrang nie pandai jaga diri sendri..
Selamat Hari Raya Bro..
semua best2..yang pasal Datuk Sosilawati hilang tu misteri betul….
entri yang menarik semuanya..
tapi akupun pelik dengan iklan raya tu.. ntahlah
sfs yang terbaru dari akhbar metro tajuknya 9 beraya awal http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/9berayaawal/Article
New Entry “Haru Cdiqlife Nak Bagi Duit Raya RM200″
selamat hari rayo boh..hehe nampak mcm tak on9 jah sejak nak raya ni hihi
Semua link menarik tu. Kena singgah =)
Aiseh men… post lama…
hehehe
tp 5 artikel ini sememangnya isu yg terhangat skrg ni..
yg paling mendukacitakan ialah iklan raya Tv3… sapelah pengarahnya…
kes jutawan kosmetik akhir 1 per 1 terungkai
hmmm dunia2
dah terjawab sekarang nie…. kes kehilangan datuk sosilawati… kita sedekahkan alfatihah kepada ke 4 orang yang telah meninggal dunia…
mmng artilek terhbt buln ni. haha. nice bro
Aih.. tak sangka lak tersenarai kat sini header tu. baru terperasan.. Thanks yer bro..