24 Jam Tanpa Internet (ini yang saya buat)

by azizan4444 on July 19, 2010

gula

Macam biasa, bila menyebut tentang kelewatan update blog mesti dimulakan dengan pohon maaf bagi kebanyakan beloger. Dua benda yang amat sinonim. Saya tidak mahu mulakan entri seperti itu kerana ia akan mendorong saya untuk mengulangi perkara yang sama pada masa yang akan datang.

Hari isnin merupakan hari yang tidak disukai oleh kebanyakan mereka yang suka habiskan masa hujung minggu untuk bangun lewat, terpaksa bangun awal untuk ke tempat kerja dan juga sekolah. Apa yang anda buat dengan 48 jam yang lepas?

Dalam masa 48 jam yang lepas, perkara ini berlaku.

1# Gula naik 25 sen (RM1.90 sekilogram)

2# Diesel naik 5 sen (RM1.75 sen)

3# LPG naik 10 sen (RM1.85 sekilogram)

4# Petrol RON 95 naik 5 sen (RM1.85 seliter)

5# Petrol RON 97 diapungkan mengikut pasaran terkawal

24 jam tanpa internet? Patutlah belog tidak berupdate. Ini yang saya lakukan untuk menghabeskan 24 jam yang berharga.

  • Mengemas rumah – kerja yang asalnya dipaksa akhirnya bertukar kepada sukarela dan kini boleh dianggap sebagai hobi
  • Tonton tv tanpa henti – sedaya upaya menghabiskan sesebuah rancangan yang bermanfaat di kaca tv dan cuba curi idea daripada rancangan tersebut untuk update belog
  • Futsal/boling – satu aktiviti yang memerlukan kekuatan kaki dan satu lagi memerlukan kekuatan tangan (boleh sesat pulak nak pergi main futsal sabtu lepas, nasib baik menang)
  • Memasak – memasak untuk mengisi perut kosong sambil menghilangkan tekanan (sedap tak bubur jagung malam tu?)
  • Membaca surat khabar lepas yang belum dibaca – ini menjadi kebiasaan pada saya, surat khabar untuk hari ini akan dibaca dua hari kemudian (saya suka baca metro sebab banyak berita pasal luna maya)
  • Tidur – semua orang suka tidur. ha ha ha

Persoalan untuk anda. Sekiranya anda penagih internet, apa yang anda akan lakukan dalam masa sehari (24 jam) sekiranya internet anda mengalami masalah?

Kepada mereka yang bekerja. Kerjalah anda sebelum anda dikerjakan. Ha ha!

{ 77 comments… read them below or add one }

Anip August 6, 2010 at 10:49 pm

waa…harge brg naek lg..

Reply

paan August 8, 2010 at 12:15 am

wat kerja2 offline..aku suka programming n design..so , time xde internet , aku guna untuk berlatih programming dan design.

Reply

Mohd Shahrul Hafizi August 8, 2010 at 2:24 am

Weekdays di lab. Weeknight di rumah babysit adik-adik saudara dan buat report/kerja yg xsiap. Weekend kalau takda fieldwork/outstation, berehat di rumah bersama keluarga esp adik-adik saudara (dah macam nanny je). Hahaha.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: