Archive for February, 2010

  • Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta?

    104

    kahwin campur

    Salam tangan kanan saya hulurkan. Dari mata turun ke tangan, dari tangan turun ke hati. Apa maksud ayat itu ye? Saya tahu tulis tapi xtaw maksudnye. Artikel kali ini saya nak menulis bagaimana Wenger mengajar saya bercinta. Untuk pengetahuan anda semua, saya dan Wenger merupakan rakan sejawat dalam arena bola sepak.

    Dulu masa saya menceburi diri dalam dunia management bola sepak, saya tak tahu sangat selok belok bola sepak nie. Yang saya tahu bagaimana nak jual beli player, negotiate gaji player dan kalau nak scout wonderkid dalam bola sepak juga mungkin saya tahu tapi itu baru sedikit. Selepas 5 tahun saya dalam bidang ini, Wenger memuji kehebatan saya bagaimana saya menguruskan sebuah kelab yang begitu kerdil, Eastbourne Boro sampai menjulang semua kejuaraan termasuklah juara liga 23 tahun berturut-turut sampai hari ini. » Read the rest of the entry..

  • Tarikh Dah Jumpa, Restu Tak Dapat Dan Sorok-sorok Jalan Penyelesaian

    80

    Cute

    Saya tahu peminat saya sudah hampa masuk belog sebab xde update. Kali ini saya baik hati. Saya gabung tiga topic hangat dalam satu artikel mantap. Mudah untuk tuan puan paham. Tak perlu buang masa kena tunggu artikel berikutnya. Tarikh dah jumpa, restu tak dapat dan sorok sorok jalan penyelesaian sesuai dengan kisah sahabat saya Matempe. Kisah Matempe agak klise pada pendapat saya. Berbeza sekali dengan ayat cinta kategori klise. Tuan puan taw tak? Hi cinta, sihat? Sudah makan?

    Pada pandangan saya dari sebelah depan, Matempe amat perfect. Ada pakej lelaki maskulin. Muka iras iras Brad Pitt, kembar saya, pinggang cukup slim gaya Paris Hilton. Saya anggap pakej maskulin inilah menarik minat Dabel B untuk mendekati Matempe. » Read the rest of the entry..

  • Perempuan Itu Calon Kedua

    94

    Perempuan Syok Sendiri

    Sudah lama saya tak buka sesi karutan bersama anda semua. Lebih tepat lagi saya gantikan anda dengan tuan-tuan, pembaca setia blog saya. Mana pergi puan-puan? Puan-puan tak elok bergosip dengan kaum lelaki. Nak nak perempuan syok sendiri. Perempuan macamni memang takkan mengalah, kesian kaum lelaki nanti. Haha! Artikel kali ini adalah untuk menjawab soalan orang tua yang berpengalaman dari sudut menemukan jodoh anak-anak muda.

    Orang cakap tak cun bila kahwin dengan jodoh perkenalkan orang tua. Bagi saya, ia tetap cun, sebab faktor utama dapat mengurangkan kesibukan saya untuk mencari jodoh. Peluk tubuh goyang kaki calon masuk secara automatik. Tuan-tuan tak minat dengan cara tersebut? Salah pilih, jumpa perempuan syok sendiri. Saya pasti tuan tuan akan kecewa bila jumpa perempuan syok sendiri. » Read the rest of the entry..

  • Plagiarism : Fenomena Atau Trend?

    62

    Plagiarism

    Plagiarism, fenomena atau trend? merupakan isu bagi penulisan saya kali ini. “Plagiarism’ adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Many people think of plagiarism as copying another’s work, or brrowing someone else’e original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). Plagiarism atau amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.

    Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. » Read the rest of the entry..

  • Kenapa Perlu Wanita Berusia?

    144

    kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

    Hai semua apa khabar? Salam tangan kanan buat semua. Berjumpa lagi kita dalam sesi gedik santai petang selasa yang agak panas terik cuacanya. Yey! Kali ini saya ada cerita menarik. Ceritanya datang dari shoutbox saya, bila nak update? Saya hairan mengapa visitor blog ni tak konsisten. Bila update hit tinggi melambung, kalau tak update korang paham-paham je la ye. Untuk mengurangkan kehairanan itu, nah, saya update untuk korang!. Haha!

    Petang semalam, sebelum saya jadi ronaldo main futsal sempat lepak kedai minum-minum dengan kawan-kawan. Tengah syok bersembang kosong, tetibe ada suara menegur dari belakang. Bunyinya lebih kurang macamni, ” Seronok korang borak ye. Pakcik senang tengok anak-anak muda cmni, tak lepak merata-rata. Eh! yang ada jambang macam mawi tu Jan ke? Anak Paksu Kadir kan? Lame betul pakcik tak jumpa kamu”. Saya apa lagi, yeay pakcik, saya lah ni. Nape ye? Pakcik rindu saya ye? Haha! saya gelak tapi dalam hati je la. » Read the rest of the entry..

  • Kenapa Remaja Taksub Dengan Laman Web Sosial?

    144

    Ketagih Facebook

    Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.

    Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster dan Myspace. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi. » Read the rest of the entry..