Archive for December, 2009

  • Selamat Tinggal Dunia, 2009 Ler Tu!

    74

    Seksi

    Puas saya fikir tajuk apa yang sesuai untuk artikel kali ini. Rasanya selamat tinggal 2009 tu sesuai sangat la ye. Untuk pengetahuan tuan puan, artikel ini adalah yang terakhir di belog ini pada tahun 2009 ni. Idea nak menulis dah berkurang. Mane taknya, harga rokok pun dah naik. Bak kata kawan saya, Nine nak update belog pun at least kena abes dua batang Dunhill. Puan puan kat dapur pun dah bising, bukan sebab line berukband celcom buat hal sampai tak dapat update belog tapi harga gula naik 20 sen lagi mulai esok. Esok? Tahun baru la tu tuan puan. Tahun 2010 la katakan. Semua barang pun nak naik harga.

    Tinggal beberapa jam lagi, tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Sinar 2010 akan menjelma. Bagaimana kehidupan tuan puan sepanjang tahun 2009 ni? Ada peningkatan dari tahun 2008 ke? Kalau xde, xyah la nak bising-bising nak cerita azam baru 2010. Azam 2007 pun belum tertunai ni nak bising-bising azam baru. Haha! Saya melawak sikit. Bole ke tuan puan? Kalau boleh biarkan saya abeskan artikel ini dulu. » Read the rest of the entry..

  • Aku, Dia Dan Kamera

    102

    Awek Kamera

    Kepada tuan puan, adik kakak juga pak cik mak cik. Mari pakat mari, yang jauh masuk dekat, yang dekat masuk rapat. Saya nak buat satu pengumuman penting. Saya dah berjaya join kontes Abang kamera, Dawie. Rm 50 untuk dimenangi tapi saya rasa cerpen saya ni layak menang 50k. Kepada Abang Dawie, sila bace sampai muntah. Haha! Tuan puan dijemput untuk menyertai kontes ini. kontes ini akan ditutup pada 1 Jan 2010. Masih ada masa, tunggu apa lagi? Jom klik sini. Cerita asal saya tulis di Indonesia tetapi pada saat-saat akhir saya tukar ke Pakistan. Jom Layan. Ahakz

    ………………………………………………………………………………………………………

    Ditangannya, sebuah kamera DSLR berjenama Nikon D3000 dibawanya ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan. Seolah-olah orang yang tidak mempunyai matlamat hidup. Sekeping gambar diselit diketiaknya. Aku memerhati setiap inci tubuh itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan sekali tetapi banyak kali aku tatapi tubuh seksi itu ibarat melihat bidadari turun dari langit.

    Aku tengok keadaan dia sungguh menghairankan kepala otakku. Melalui riak wajahnya, menunjukkan hatinya sungguh tidak tenang sekali seperti menunggu sesuatu yang pasti tidak akan datang menjelma ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Dia mengangkat wajahnya, memerhati dengan penuh teliti sepasang mata yang terdapat pada kepingan gambar yang dibawanya. Jauh di lubuk hatinya, gambar itu seolah-olah menyimpan seribu kenangan dalam hidupnya. » Read the rest of the entry..

  • Harga Minimum Rokok RM 6.40 Mulai Jumaat Ini

    104

    Rokok Dunhill

    Begitu la tajuk salah satu artikel yang terdapat dalam Berita Harian online. Dengan secara tidak sengaja, saya jalan -jalan terjumpa artikel menarik ini.

    KUALA LUMPUR: Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan…

    Nampaknya perokok perokok tegar macam saya tuan tuan kena la berjimat cermat lepas ni. Mane taknya paling minimum pun da RM 6.40, kalau maximum? Tu lantak korang la nak beli bape banyak. Haha! Agak-agak tuan tuan yang penagih rokok ley berhenti merokok x kalau harga tinggi camni? Perlu ingat sekarang ni bukan tuan tuan je yang hisap rokok, puan puan ada yang lebih daripada tuan tuan. Biaselah ikut semua batang die nak hisap. » Read the rest of the entry..

  • Saya Hairan Apabila ….

    142

    Sepi

    Hi readers. Pertama kali saya mula artikel saya dengan perkataan ‘orang putih’ . Tak kisah la satu perkataan sekali pun. Sejak 4 5 menjak ni mood nak menulis berada pada tahap yang optimum. Peringatan, artikel kali ini bukanlah penulisan seorang sasterawan tetapi hanya penulisan dan pendapat seorang penulis beloger picisan macam tuan puan saya.

    Apakah tujuan utama tuan puan buat belog? Pada pikiran saya, sudah pasti kita buat belog untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kisah hidup kita seharian. Belog juga di anggap sebagai diari yang tidak punya password untuk di kongsi dengan rakan-rakan beloger atau dalam bahasa mudah diari yang tidak perlu memerlukan ‘privacy’. Persoalannya di sini, adakah kita menulis sekadar suka-suka tanpa perlu ada orang membaca? Saya yakin semua beloger yang menulis mahukan setiap penulisannya dibaca dan dihargai dan sesetengah beloger juga mahukan hasil penulisan mereka dikongsi bersama.

    » Read the rest of the entry..

  • Nak Cari Mood Tak Susah

    117

    Sentuhan

    Peringatan, sila jangan klik semua iklan yang ada di belog ini. Kalau saya kaya nanti, saya jadi riak, lupa diri dan bongkak. Bagaimana dengan mood anda hari ini? Adakah berada dalam keadaan baik atau tidak? Mood seseorang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Persoalannya, adakah mood anda sentiasa ok? Tiada mood adalah perkara biasa yang di hadapi setiap orang dalam kehidupan seharian mereka. Situasi begini sering berlaku apabila seseorang itu berdepan dengan individu atau persekitaran yang kurang disenangi oleh dirinya.

    Kebanyakan individu sering berdepan dengan masalah kerja akan mengalami tekanan perasaan.Sekiranya mood hilang, tekanan perasaan ini akan mempengaruhi prestasi kerja anda. Keadaan kehidupan anda bersama keluarga juga turut dipengaruhi dan kualiti kehidupan itu akan terjejas. Jangan biarkan misteri menyelubungi hidup anda perasaan negatif ini mempengaruhi kehidupan seharian anda. Nak klik nuff pun kena ada mood tuan puan. Haha! » Read the rest of the entry..

  • Korban Dunia : Versi Gila-gila Remaja

    106

    Seks Bebas

    Peringatan oleh pihak berkuasa tempatan : Hanya mereka yang mengamalkan budaya membaca je yang dapat menghabiskan artikel kali ini.

    Ku jejak, jalan yang berliku…….Hujan hujan saya suke layan jiwang sambil peluk anak bear.Nak bez lagi peluk Pooh. Nak kate saya ni mat jiwang tak juga. Mat romeo lagi la bukan. Mat Jijan? Hah ok gak name tu. MJ tu tuan puan. Ada style.

    Hai korang, pekaba? Tak sopan lak tegur camtu ye. Salam tuan puan. Pekaba hari Jumaat? Ok sikit kan? Salam Maal Hijrah buat semua. Berjumpa lagi kita dalam sesi gedik santai. Penulisan kali ini berkisarkan sebuah kisah korban dunia. Sepatutnya artikel ini saya paparkan buat tuan puan mase Hari Raya Korban yang lepas tapi tak sempat. Petang semalam dengan tidak sengaja bukak Metro online terjumpa satu kisah menarik. Tersangatlah sweet. Sesuai dengan artikel saya kali ini. Nanti saya tunjuk pada tuan puan. » Read the rest of the entry..

Page 1 of 212»