• Red Card – Setan Junior? Isk! Isk! Isk!

    33

    Anak Soleh

    Setan Junior? Isk! Isk! Isk!. Begitulah reaksi saya apabila melihat tajuk berita utama pada halaman depan Harian Metro semalam. Sebaik saje bace berita tersebut, saya teringat kata-kata Kak Yan. Kata katanya berbunyi, sila bace dengan style masing masing sebagai ibu bapa bukan senang untuk manjaga anak anak perempuan, apatah lagi yang tengah mantap aka dara. Tetapi bagi beliau itu tidak menjadi masalah kerana mereka tidak mempunyai anak perempuan,yang menjadi kerisaunnya adalah menjaga anak lelaki. Bukan anak perempuan sahaja yang perlu dikawal, anak lelaki juga perlu diutamakan katanya. Kenapa? Takut dah besar nanti anak lelaki rosakkan anak dara orang. Hehe!

    Kalau muka kacak, saya ada cakap dulu dia ada pakej lelaki maskulin. Bukan setakat pakej maskulin, pakej sms pun dorang dominasi. Begitulah yang sentiasa berlaku dalam program realiti TV di negara kita sekarang. Yang kacak menang yang berbakat kalah. Setuju? Bagus. Kalau ada yang tak setuju bagi peluang saya terangkan. Ada sesiapa yang tidak tahu apa itu gelanggang akhir Raja Lawak musim ke 4? Ada sesiapa yang tidak tahu siapa yang mendapat gelaran Raja Lawak musim ke 4? Kalau anda nak tahu saya la pemenangnya. Hehe! Okei saya melawak, yang pasti pemenangnya adalah yang kacak kacak. yang tewas mereka yang berbakat. Saya suka pantun. Sampai bila bila pun keputusannya tetap sama sekiranya menggunakan sistem undian sms secara totalnya. Tahniah Kecik. Asal dari kampung. Read more

  • Tips – Cara Untuk Popular Dalam Blogging

    79

    Surat Khabar Lama

    Menulis blog memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi mereka penulis blog yang tegar, setiap hari mesti ada satu artikel dalam blog mereka. Berlainan pula dengan saya, kalau diikutkan saya belum lagi dikategorikan sebagai penulis blog yang tegar. Kenapa? Lihat saja artikel pada bulan lepas, hanya enam artikel dapat saya tulis. Sangat berbeza dengan mereka yang tegar sampai enam artikel dalam sehari pun mereka boleh terbitkan. Hehe!

    Menulis blog juga memerlukan idea dan masa yang secukupnya untuk menulis sesuatu artikel. Sekiranya idea ada, tetapi masa tak cukup susah juga untuk menulis. Begitu juga bila anda mempunyai masa yang cukup tetapi idea untuk menulis kosong, sebarang artikel tidak dapat ditulis. Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai idea dan masa yang secukupnya? Jawapannya tiru macam saya. Saya update blog. Hehe! Tak elok tangguh. Diri sendiri yang rugi. Setuju? Read more

  • Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta?

    102

    awek kedai pelayan

    Salam tangan kanan saya hulurkan. Dari mata turun ke tangan, dari tangan turun ke hati. Apa maksud ayat itu ye? Saya tahu tulis tapi xtaw maksudnye. Artikel kali ini saya nak menulis bagaimana Wenger mengajar saya bercinta. Untuk pengetahuan anda semua, saya dan Wenger merupakan rakan sejawat dalam arena bola sepak.

    Dulu masa saya menceburi diri dalam dunia management bola sepak, saya tak tahu sangat selok belok bola sepak nie. Yang saya tahu bagaimana nak jual beli player, negotiate gaji player dan kalau nak scout wonderkid dalam bola sepak juga mungkin saya tahu tapi itu baru sedikit. Selepas 5 tahun saya dalam bidang ini, Wenger memuji kehebatan saya bagaimana saya menguruskan sebuah kelab yang begitu kerdil, Eastbourne Boro sampai menjulang semua kejuaraan termasuklah juara liga 23 tahun berturut-turut sampai hari ini. Read more

  • Tarikh Dah Jumpa, Restu Tak Dapat Dan Sorok-sorok Jalan Penyelesaian

    79

    Cute

    Saya tahu peminat saya sudah hampa masuk belog sebab xde update. Kali ini saya baik hati. Saya gabung tiga topic hangat dalam satu artikel mantap. Mudah untuk tuan puan paham. Tak perlu buang masa kena tunggu artikel berikutnya. Tarikh dah jumpa, restu tak dapat dan sorok sorok jalan penyelesaian sesuai dengan kisah sahabat saya Matempe. Kisah Matempe agak klise pada pendapat saya. Berbeza sekali dengan ayat cinta kategori klise. Tuan puan taw tak? Hi cinta, sihat? Sudah makan?

    Pada pandangan saya dari sebelah depan, Matempe amat perfect. Ada pakej lelaki maskulin. Muka iras iras Brad Pitt, kembar saya, pinggang cukup slim gaya Paris Hilton. Saya anggap pakej maskulin inilah menarik minat Dabel B untuk mendekati Matempe. Read more

  • Perempuan Itu Calon Kedua

    94

    Perempuan Syok Sendiri

    Sudah lama saya tak buka sesi karutan bersama anda semua. Lebih tepat lagi saya gantikan anda dengan tuan-tuan, pembaca setia blog saya. Mana pergi puan-puan? Puan-puan tak elok bergosip dengan kaum lelaki. Nak nak perempuan syok sendiri. Perempuan macamni memang takkan mengalah, kesian kaum lelaki nanti. Haha! Artikel kali ini adalah untuk menjawab soalan orang tua yang berpengalaman dari sudut menemukan jodoh anak-anak muda.

    Orang cakap tak cun bila kahwin dengan jodoh perkenalkan orang tua. Bagi saya, ia tetap cun, sebab faktor utama dapat mengurangkan kesibukan saya untuk mencari jodoh. Peluk tubuh goyang kaki calon masuk secara automatik. Tuan-tuan tak minat dengan cara tersebut? Salah pilih, jumpa perempuan syok sendiri. Saya pasti tuan tuan akan kecewa bila jumpa perempuan syok sendiri. Read more

  • Plagiarism : Fenomena Atau Trend?

    62

    Plagiarism

    Plagiarism, fenomena atau trend? merupakan isu bagi penulisan saya kali ini. “Plagiarism’ adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Many people think of plagiarism as copying another’s work, or brrowing someone else’e original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). Plagiarism atau amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.

    Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Read more

Page 1 of 712345»...Last »